Lms Esport Podcast Episod 16: Dari Lokal Ke Global: Macam Mana Nak Tembus Dunia E-Sports Ke Antarabangsa
27 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 26 April 2026, telah diadakan LMS eSport sesi Podcast bertajuk “Dari Lokal Ke Global: Macam Mana Nak Tembus Dunia E-Sports Ke Antarabangsa” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini melalui sistem LMS eSport secara atas talian.
Tujuan pembelajaran topik ini adalah untuk memberi memberi pendedahan realiti sebenar di sebalik dunia pengulasan e-sukan, daripada persediaan sebelum siaran, cabaran semasa live, sehinggalah kepada kemahiran yang diperlukan untuk kekal relevan dalam industri. Episod ini membuka perspektif bahawa peranan di pentas hanyalah sebahagian daripada keseluruhan usaha, manakala banyak lagi proses dan komitmen berlaku di belakang tabir. Antara perkara yang dibincangkan berkaitan peranan dan tanggungjawab seorang caster e-sukan, pengalaman mengulas pelbagai permainan kompetitif, cabaran dan realiti di sebalik tabir penyiaran dan kemahiran penting untuk menjadi pengulas e-sukan Perkongsian ini sesuai untuk masyarakat umum yang ingin memahami peranan penting caster dalam industri e-sukan serta peluang kerjaya yang wujud dalam bidang penyiaran digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: